Time goes by...


Terima kasih yang pergi. 
Kamu yang pergi itu meninggalkan bahagia. 
Sedikit pun tidak melemahkan malahan menguatkan lagi ketabahan hati. 


Yang datang pula, kamu dialukan. 
Cuma maaf kadang kala layanan tak berkenan dimata. 
Bukan apa hanya berjaga-jaga. 
Sebab pengalaman lepas banyak lagi tersisa supaya berjaga. 



Benda sama.




Kat sini apa yang paling sedih. Orang yang kau harap akan back up kau bila orang burukkan kau tak buat apa-2 langsung nak faham situasi kau. Dan paling perit dia lebih sibuk cakap "kau tak rasa apa yg dia rasa" "dia sebenarnya bukan macam tu" "dia buat macam tuh bersebab" "semua ni sebab kau" "dia tak boleh maafkan kau". Cakap sini, apa feeling yang aku dapat bila dapat respond macam ni ?

Haa, memang aku tak rasa apa dia rasa. Aku tak faham situasi dia dan apa-2 lah. Tapi, dia tahu apa aku rasa ? Kau tahu kenapa aku pilih jalan "i dont care anymore bout you" "lantak kau nak maafkan aku ke tidak" "berdendam lah sepuas hati kau". Sebab these ways sahaja buat aku sedar diri aku ni siapa. Sedar diri aku ni perempuan apa. 

Aku tak rasa apa dia rasa sebab aku dah puas ikut flow dia selama ni. Tbh, aku tade sesiapa aku nak mengadu pasal benda ni. Ni lah satu-2nya tempat aku nak cerita sedih aku. Kau dah untung sangat dah. Even, kau dah tade apa-2, dia still apa kisah cerita sedih kau. Aku? Bila aku cuba nak mengadu, dia marah aku dan langsung tak dengar aku. 

Aku harap kau rasa pulak apa yg aku rasa sekarang ni, sebab selama aku sakit kan kau, tak pernah lagi aku burukkan kau. Enough said. 

Hipokrit basi.

Munafik hidup kau sebenarnya. Munafik sangat. Kau malu jadi diri kau. Kau takut orang pandang buruk kau sebenarnya. Aku lagi rela orang pandang buruk aku dari aku simpan buruk aku lepaa tu munafik baik depan semua orang. Hipokrit item macam ni, orang dah boleh baca. Orang dah letih. Dan orang yang tahu apa kau buat sebenarnya tahu kau ni hipokrit item. 

Sudah sudah lah. Kalau dengan cara macam tuh kau bahagia, teruskan. Aku kat sini doakan kau bahagia berganda dari aku. 

Moga-2 keburukan aku yang kau kenalkan itu, dapat aku munasabah diri aku. W

Entri comeback.

Hari ini ada detik kat dalam hati nak menulis semula. Rasa macam dah tiada siapa aku boleh aku luahkan perasaan. Nampak bodoh kali ini penulisan aku. Setelah setahun. Aku rasa macam comeback untuk blog aku sendiri. 

Setahun ini, setahun lepas. 
Kau tahu, banyak benda jadi. 
Jatuh naik. Naik jatuh, jatuh lagi. Sampainya aku mula hilang diri sendiri. Aku mula membalas dendam dengan diri sendiri. Menjadi seseorang yang aku tak patut jadi, menjadi seseorang yang dilabel rendah. Dilabel tiada apa-2. Dan paling bangsat sekali, aku mula munafik dengan diri sendiri. 

Betul lah. Aku tak patut tinggalkan blog aku. Blog aku dulu yang menghidupkan aku dari apa semua jadi. Dia sentiasa menerima apa sahaja luahan aku. Sungguh. Aku bahagia dengan cara yang dulu. Sedih aku, bahagia aku. Disinilah tempat pertama menjadi curahan. Tanpa komen. Tanpa tolak. Dia terima apa sahaja. 

Aku rindu previous posts aku. Aku rindu nak kenal aku yang dulu. Kau tahu aku rindu macam mana aku bangkit dari manusia yang kejam dengan hati aku. Aku rindu macam mana aku harungi semua itu. Sendiri seorang diri. Tapi aku ini terlalu angkuh. Angkuh bila punya teman yang bisa aku luahkan semua kesedihan kegembiraan aku. Sehingga aku pikir, di sini tiada apa-2 perlu dikongsi. Tapi, aku manusia mudah lupa. Lupa yg sebenarnya, aku perlu kongsi disini. Supaya aku beringat, siapa aku dulunya. 

Kau tahu, banyak gila perasaan aku yang aku sendiri tak tahu nak ekspresikan. Dari cerita sedih sampai lah cerita gembira.

Tapi, aku takkan cerita semuanya disini. Untuk kali ini. 

Terima kasih fafoo, sebab ingatkan balik kita sebenarnya ada blog. Gracias 💋

Tbh, 
knaa.