Entri comeback.

Hari ini ada detik kat dalam hati nak menulis semula. Rasa macam dah tiada siapa aku boleh aku luahkan perasaan. Nampak bodoh kali ini penulisan aku. Setelah setahun. Aku rasa macam comeback untuk blog aku sendiri. 

Setahun ini, setahun lepas. 
Kau tahu, banyak benda jadi. 
Jatuh naik. Naik jatuh, jatuh lagi. Sampainya aku mula hilang diri sendiri. Aku mula membalas dendam dengan diri sendiri. Menjadi seseorang yang aku tak patut jadi, menjadi seseorang yang dilabel rendah. Dilabel tiada apa-2. Dan paling bangsat sekali, aku mula munafik dengan diri sendiri. 

Betul lah. Aku tak patut tinggalkan blog aku. Blog aku dulu yang menghidupkan aku dari apa semua jadi. Dia sentiasa menerima apa sahaja luahan aku. Sungguh. Aku bahagia dengan cara yang dulu. Sedih aku, bahagia aku. Disinilah tempat pertama menjadi curahan. Tanpa komen. Tanpa tolak. Dia terima apa sahaja. 

Aku rindu previous posts aku. Aku rindu nak kenal aku yang dulu. Kau tahu aku rindu macam mana aku bangkit dari manusia yang kejam dengan hati aku. Aku rindu macam mana aku harungi semua itu. Sendiri seorang diri. Tapi aku ini terlalu angkuh. Angkuh bila punya teman yang bisa aku luahkan semua kesedihan kegembiraan aku. Sehingga aku pikir, di sini tiada apa-2 perlu dikongsi. Tapi, aku manusia mudah lupa. Lupa yg sebenarnya, aku perlu kongsi disini. Supaya aku beringat, siapa aku dulunya. 

Kau tahu, banyak gila perasaan aku yang aku sendiri tak tahu nak ekspresikan. Dari cerita sedih sampai lah cerita gembira.

Tapi, aku takkan cerita semuanya disini. Untuk kali ini. 

Terima kasih fafoo, sebab ingatkan balik kita sebenarnya ada blog. Gracias 💋

Tbh, 
knaa.